Khamis, 30 Mei 2013

Cincin Batu Kursani (KOD : GZ33)


KOD PRODUK : GZ33-01
SAIZ : 17
MAHAR : RM 300.00 (TERMASUK KOS POS)

Cincin Batu Kursani Saiz 17 ikat perak, hakmilik sahabat yang juga pelanggan Tok Mat GB. Beliau meminta bantuan blog GZ untuk mempamerkan cincin ini bagi tujuan permaharan. Pakcik hanya sebagai perantara yer.. korang jangan kata Pakcik jual item yang diperolehi daripada orang lain pula. ekekeke.

Jika berminat , bolehlah terus berhubung dengan beliau :

017-769 9592 (Tuan AM)

Maaf, gambar di atas kurang jelas sebab guna kamera handphone. Harap maklum. 

Geliga Raja Mani Gajah (KOD : GZ20)


KOD PRODUK : GZ20-02 SOLD OUT
MAHAR : RM 500.00 (TERMASUK KOS POS)


KOD PRODUK : GZ20-03
MAHAR : RM 300.00 (TERMASUK KOS POS)


KOD PRODUK : GZ20-04
MAHAR : RM 300.00 (TERMASUK KOS POS)

Ni item dari sahabat yang juga pelanggan GB, minta tolong Pakcik untuk dimaharkan dalam blog GZ. Alhamdulillah.. Raja Mani Gajah (RMG) item terulung Tok Mat GB rasanya. Ianya datang daripada RMG dalam bentuk raw daripada TMGB dan dicanai dalam bentuk seperti di atas, untuk dimaharkan. Kalau GMG tu terkenal dengan khasiat pengasihan ampuh, inikan pula RMG yang memang tahap RAJA. hehe

Rabu, 29 Mei 2013

Geliga Nyawa (KOD : GZ13-04)


KOD PRODUK : GZ13-04 SOLD OUT
MAHAR : RM 260.00 (TERMASUK KOS POS)
*Hamba Allah - Penang

Geliga Seri Mahkota Panchar Dewi (KOD : GZ32)


KOD PRODUK : GZ32-01
MAHAR : RM 180.00 (TERMASUK KOS POS)

Juga dikenali dengan nama LABRADORITE. Berkilau dalam kesamaran cahaya dan senja mentari. Bagi yang memilikinya insyallah mempunyai daya:

- Kekuatan bathin
- Mampu menundukkan Jin
- Mampu mendapatkan kekayaan melalui amalan yang diberikan
- Mengubati pesakit histeria
- Mengubati gila
- Melariskan diri ( cepat dipetik )
- Menundukkan lawan dan mengikat kawan

Isnin, 27 Mei 2013

Geliga Nyawa (KOD : GZ13-03)


KOD PRODUK : GZ13-03 SOLD OUT
MAHAR : RM 260.00 (TERMASUK KOS POS)
* Terima kasih Tuan Mohd. Aziz, Endau, Johor.

Geliga Bulan (KOD : GZ31)


KOD PRODUK : GZ31-01 SOLD OUT
MAHAR : RM 286.00 (TERMASUK KOS POS)
*Terima kasih Tuan Fariz Azwan, Batu Caves


KOD PRODUK : GZ31-02 SOLD OUT
MAHAR : RM 310.00 (TERMASUK KOS POS)
*Terima kasih Tuan Jason

Kelebihannya sama dengan GELIGA IBU MUTIARA. Namun ianya dipanggil RAJA PENGANYIR, Sesuai dengan namanya di mana mempunyai kekuatan aura penarik ikan 30 kali daripada geliga ibu mutiara. Silauan cahayanya Bukan sekadar di dalam terang, malap malap pun bersinar berkilau. 

Insyaallah kelebihannya sebagai :

-  RAJA PENGANYIR
-  Penarik Perempuan (Hehe)
- Pelaris
- Penaik seri wajah

Khamis, 23 Mei 2013

Kem Mistik Tok Mat GB - KK Sabah.



Alhamdulillah.. Malam tadi Tok Mat GB dan isteri sampai ke Sabah untuk menjayakan Kem Mistik Tok Mat GB , Sabah pada 24 - 26hb Mei 2013 nanti. Dan sepanjang tarikh tersebut, diisytiharkan cuti umum untuk Blog Geliga Zikrullah dan inshaa Allah akan bekerja semula pada 27hb Mei 2013. Harap maklum. Hehe.. dah macam nak umum tarikh puasa pula yer.. =)) Untuk maklumat lanjut berkenaan kem sila ke blog Kem Mistik Tok Mat GB - KK , Sabah : 


PENDAFTARAN PESERTA KEM MISTIK TOK MAT GB TAHAP 1 - KUMPULAN 2 DAN 3 DIBUKA SEKARANG !!! 

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI ONLINE DI BLOG RASMI KEM MISTIK KK SABAH


ATAU 

SECARA SMS DENGAN MENGHANTAR BUTIRAN PERIBADI ANDA SEPERTI BERIKUT

NAMA / NO IC / ALAMAT / EMEL / NO. TELEFON

KE NOMBOR 014 - 869 0002

Rabu, 22 Mei 2013

Kayu Bujang Galak Merah (KOD : GZ23)


KOD PRODUK : GZ23-01
MAHAR : RM 220.00 (TERMASUK KOS POS)


KOD PRODUK : GZ23-02
MAHAR : RM 220.00 (TERMASUK KOS POS)

Di atas ialah Kayu Galak Merah, suatu kepastian khasiat yang Allah berikan kepada Kayu ini Ialah :

Jika kena sengat tebuan, jengking, ulaq, lipan, tekapkan kayu ini kepaqda bekas sengatan, insyallah tawar

Jangan di buat tikam orang, sekal tikam boleh mati kerana di dalamnya sudah terdapat pelbagai bisa

Pendinding dari gangguan jin dan syaitan

Kebal kulit, baca bismillah, al-fatihah dan selawat... ambil jarum..tikam tak tembus

Mampu menguatkan tenaga batin di pinggang dan lutut, ambil habuknya dan usap di pinggang dan lutut, ia akan meresap masuk ke dalam

Di minum untuk pengubatan kurang nafsu bagi lelaki dan wanita, sebab tu namanya BUJANG GALAK.... kot lepas tu tak ter"tahan " kot hahaha

Habuknya di masukkan ke dalam minyak dan buat minyak urut, amat berkesan

Habuknya di sapu di kawasan luka atau melecur, insyallah luka pulih dan kering

* Kalau dah buat sedut bisa , tak boleh guna lagi habuknya... jadi sila potong siap siap atau khususkan kegunaannya ya..

Selasa, 21 Mei 2013

Batu Gua Thammarat (KOD : GZ24)



KOD PRODUK : GZ24-01
MAHAR : RM 40.00 (TERMASUK KOS POS)


KOD PRODUK : GZ24-02
MAHAR : RM 40.00 (TERMASUK KOS POS)

Diperolehi melalui sebuah batu raw di dalam Gua Thammarat.. Batu ini menjadi tempat duduknya berpuluh orang pertapa islam dan buddha selama ia dijumpai ribuan tahun lepas...

Kegunaannya , tak pasti pulak... namun auranya bersih dan getarannya halus.

Sabtu, 18 Mei 2013

Tasbih Kiyai Hj. Lebar


Upload kali ini Pakcik saja nak bagi tunjuk Tasbih Kiyai Hj. Lebar yang Pakcik dapat dari Tok Mat GB, kira ni upload iklan lah yer... Sekadar cuci mata. hehe. Kat bawah ni apa yang Tok Mat kata berkenaan Tasbih Kiyai Hj. Lebar ni, pandai-pandai korang lah baca yer.. Kalau berminat terus saja buat tempahan.. Bergantung kepada stok... 

TOK MAT GB KATA :

Tasbih Kiyai Hj Lebar Ini diperbuat dari Batu Volcano , Unkle menyatakan ianya hampir sama dengan batu petir iaitu batu yang turun bersama petir... wallahualam...

Alhamdulillah, khasiatnya :

- memusnahkan Makhluk halus yang menyerap di dalam tubuh manusia

- Memanas dan membakar makhluk halus

- memulihkan semangat pesakit.

Boleh juga diberi minum air rendamannya dan diberikan pesakit minum, insyallah..

Jika nak test pesakit ada gangguan saka atau tidak, pinta pesakit memegang tasbeh ini selama 5-10 minit bagi mengesan kehadiran makhluk halus di dalam tubuhnya.

Tasbeh ini berusia ribuan tahun dan disimpan oleh Hj Lebar , beliau ialah imam besar masjid kerajaan gunung Berlumut. Ini apa yang diberikan kepada tok, Tok jamin ianya barang RARE nauzubillah... maksudnya...AMAT AMAT RARE, cari la kat mana pun rasanya takkan jumpa... kat dia ada 4, 2 dia bagi tok... maksudnya kat sana ada 2 , kat alam kita pun la ni ada 2... wallahualam bissawab

Sebenarnya tasbeh ni ada 21 unit yang pernah dimiliki oleh wali 21 orang di tempat mereka.Bila dah lama lama, entah mana lepasnya tasbeh tasbeh ni, mungkin ada yang hilang dan mungkin ada yang diberikan kepada org kita dan mungkin juga diperturunkan kepada org dia sendiri.. banyak tu..alam kita pun ada wali 9 yang terkenal...pada dia ada 4 unit.. insyallah lain lain akan dicari beliau , jika ada..tok akan postkan lagi... JIKA ADA LAH.... tok tak menjamin keberadaannya.... nasib nasib lah....tok pun nak 1...hehehe...yang pasti ianya di simpan di dalam kerajaan berlumut, bukan mana mana kerajaan lain, kalau ada..insyallah penjual mistik lain pun ada menjualnya...insyallah....

Tasbeh ini takda "Kaf" : pembahagi 33 butir..sebab ianya memang digunakan untuk menjahanamkan gangguan jin dan memusnahkan makhluk kafir ni..terutama iblis... dan ia ber"kaf" 100, maksudnya kalau nak amal zikir, mesti genap 100, bukan ikut "kaf " macam tasbeh biasa biasa tu.

Ianya telah terisi dengan jutaan Zikrullah, malah bagi Tok jika ia pernah dimiliki beberapa waliyullah, rasanya Bukan juta lagi... trillion juta kekuatannya.. sebab, pegang saja dah rasa auranya dan seolah-olah ia nak melekat di jari..cubalah....

Jumaat, 17 Mei 2013

Kristal Emas





Ianya terdiri daripada Kristal + Batu Kursani. Dijadikan cerita, Kristal Emas ni Tok susah nak lepaskan, dah kena hold dua hari, sebelum sedia untuk dilepaskan. Dah Tok sedia lepaskan, untung dapat kat Pakcik, sekarang ada dengan Pakcik. Hehe..Kristal Emas ini inshaa Allah kata guru Tok ia mampu menjadi emas, wAllahualam. Diperolehi di Tasik Linggiu, Kristal Emas ini memang tidak ada di kedai-kedai gemstone Johor KL. Kalau ada yang jumpa kat mana-mana di Malaysia ni, maklumkan kat sini yer.. 

BUKAN UNTUK DIJUAL

Geliga Cenuai Emas (KOD : GZ26)


KOD PRODUK : GZ26-01
MAHAR : RM 80.00 (TERMASUK KOS POS)


KOD PRODUK : GZ26-02
MAHAR : RM 80.00 (TERMASUK KOS POS)



Sebut sahaja cenuai, terpapar dalam kepala otak kita daya pengasihan daripadanya. Apatah lagi ianya Cenuai Emas. Geliga Cenuai Emas di atas adalah lebih bersifat mahabah dan pengasihan. Original daripada Tok Mat GB. 

Khamis, 16 Mei 2013

Geliga Matahari (KOD : GZ22)

 

KOD PRODUK : GZ21-01
MAHAR : RM 80.00 (TERMASUK KOS POS)


KOD PRODUK : GZ21-02
MAHAR : RM 80.00 (TERMASUK KOS POS)


Geliga Matahari ini dikatakan oleh oleh Tok mampu untuk membuka kelebihan diri di jalan yang haq. (Kebatinan). Inshaa Allah... 

Geliga Nyawa (KOD : GZ13) - Edisi 2


NI BETUL-BETUL TAU ! BUKAN MAIN-MAIN ! BUKAN PAKAI BATERI AA ATAU AAA ATAU YANG SAMA WAKTU DENGANNYA. 


Geliga Nyawa cantik. Korang pandai-pandailah nilai macamana. Pakcik pun terkedu juga tengok geliga nyawa yang satu ini. Khasiatnya sama seperti yang lain-lain iaitu :

Pelarisan Ampuh dan Tinggi
Penaik daya Pengasehan wajah
Gerbang kerohanian
Rendam dan diguna dalam perubatan islam / Melayu
Penguat Darah dan urat saraf
Repair urat rosak
PENGLIMUNAN dari musuh, bini yang garang, Polis / JPJ / Rodblok dan lain lain.






KOD PRODUK : GZ13-02 SOLD OUT
MAHAR : RM 260.00 (TERMASUK KOS POS)
*Siti, Seremban.

Dalamnya ada macam-macam warna, biru, merah, kuning, hijau.. Dah macam "Traffic Light" pun ada juga. Tapi memang cantik. Ramai yang bertanya berkenaan geliga ini tapi masa tu Pakcik belum sedia untuk maharkan. Sekarang Pakcik sedia untuk maharkan pada kadar seperti yang di atas. Ianya rare, berwarna keperangan dan bertukar gelap apabila di dalam air, dan akan mengeluarkan pantulan cahaya seperti di atas. Bila termahar kat sini maknanya dah takda dah geliga nyawa dengan Pakcik.