Gambar di atas sekadar hiasan sahaja ya... belum bersedia untuk dimaharkan..Inshaa Allah sekitar jam 10.00 malam nanti akan upload, semuanya ada tiga (3) Kayu Bertam Berkalimah "Hu". Sebelum ke entri permaharan elok kita kongsi ilmu berkenaan kayu ini daripada apa yang diceritakan oleh Tok Mat GB ya.. Sama-sama kita ambil faedah dan mendalami apa yang Tok Mat mahu sampaikan.
PENCERAHAN KAYU BERTAM BERKALIMAH "HU" DARIPADA TOK MAT GB :
Assalamualaikum wbt... Bagi yang sudah memiliki dan bakal memiliki Bertam
Berkalimah, Kalimah "Ha" Sambung "Wau" ( Di dalam sebutan Kesufian Mendalam Secara rahsianya )
Rahsianya : HU... merujuk kepada " Dia"
Lama Tok diam nak lihat jika ada yang boleh menghuraikannya
dengan 1 Ibu Segala Ilmu, atau di sini kami panggil sebagai Ilmu Pamungkas beerti pemotong, pengakhir atau pemati.
Di sini Tok revealkan apakah rahsia kalimah " Hu" , ILMU HU membawa maksud ILMU DIA iaitu dalam istilah kesufian : " Hu adalah DIA, Dia Ialah Allah, Allah Itu Dia, Dia di
dalam diri Kamu , Di mana Dia?"
Di dalam Istilah Bahasa DIA merujuk kepada sesiapa sahaja, sohih kepada manusia
bukan kepada binatang , tumbuhan tidak berilmu dan tidak pula mempelajari
sesuatu ilmu, DIA tidak merujuk kepada jin, syaitan, atau iblis kerana mereka
juga tidak punya ilmu, ILMU merujuk kepada manusia, Sejak dahulu kala ia
merujuk kepada ILMU Manusia.
RAHSIA HU
Mengapa ia ada di
Tumbuh Tumbuhan dan binatang?.
Perkara ini merujuk kepada peringatan Allah SWT itu sendiri
kepada hambanya , sehinggakan peringatan ini tampak jelas lagi nyata ke atas
sesuatu makhluk yang lain agar manusia ini berfikir akan kekuasanNYA melalui
akal fikiran.
Di manakah Ilmu Itu?...
Ada dalam diri setiap kita, namun siapakah "DIA". Perkara ini merujuk kepada siapakah yang memilikinya... Memiliki
apa? Memiliki peringatan dan petunjuk yang ditampakkan jelas terhadap sesuatu benda.
Tak Faham?.... Cari dan fahami sendiri...
---------------------------
Kalimah HU, "ILMU segala ILMU" merujuk kepada "IBU SEGALA ILMU"
ILMU "HU"
Insyallah, bagi pemilik Bertam Berkalimah Hu ini, sila
amalkan ALLAH HU, HU ALLAH (Sebanyak 100 x senafas dalam setiap hari, kalau anda mampu amalkan 1000 x sehari dengan tiapnya 1
nafas juga. Inshaa Allah, kesannya akan lebih cepat)
Amalkan selama terasa ia ada di dalam Raga dan Jiwa...
CARA TEST :
Ambilkan Lilin Dan nyalakan... Baca Kalimah ini
100x dan di pengakhirannya Tarik Nafas dan tangan ke belakang untuk melancarkan Jurus Jarak Jauh, Hadangkan
antara lilin dan diri dengan kertas atau papan... Lancarkan jurus ini
sambil lepas nafas dan tapak tangan
dilancarkan ke arah api lilin..inshaa Allah lilin akan padam. Lebih bagus jika lilin dalam jarak agak jauh dari diri untuk
elakkan ia padam akibat hembusan nafas kita. Jika terpadam, insyallah..ia sudah sebati di dalam tubuh,
namun..awas..jangan sesekali melakukannya kepada lawan jika masih ingat ia
kawan. Api di sebalik dinding boleh terpadam, apatah pula organ
dalaman di sebalik kulit manusia.
----------------------------------------------
IlMU PENDINDING SEGALA PENDINDING
Bangun pagi, sebelum keluar bekerja, bacakan sambil tahan nafas di perut sekuat hati dan bacakan dalam hati :
Hu Allah (21x)
Selesai Baca dalam hati , lepaslah nafas, insyallah jika
ada pada hari itu :
- Orang ingin menyihir, sihirnya patah balik.
- Orang yang ingin mendengki, tidak akan berupaya.
- Orang yang ingin berbahas, bila berdepan akan terkunci
mulutnya dan tergagap gagap.
- Orang yang ingin menggunakan penunduk terhadap diri akan
tersipu-sipu seorang diri.
- Jika ingin berlaku kemalangan , insyallah terasa
kenderaannya seolah di angkat dan di ganjakkan.
- Jika ada binatang ingin menggigit,
membaham, mematuk inshaa Allah mulutnya terkatup.
- Jika pada hari berkenaan ingin masuk mahkamah, inshaa Allah dalam mahkamah terjadi kekalutan dan kecelaruan pihak pendakwa.
- Jika Ingin di tipu akan dielak tertipu.
INSHAA ALLAH.... INILAH KEHEBATAN ILMU SEGALA, ATAU ILMU YANG DIKATAKAN DI
WASIATKAN OLEH NABI NUH A.S SATU KETIKA DULU....
Betapa hebat dan besarnya ILMU HU yakni ILMU DIA ( Allah Itu
), lebih dari segala ilmu....
Tidak perlu panjang berjela, jika kesusahan , apa sempat
dibaca ayat berjela jela, nah..sendiri mau fikir !!!!
------------------------------
Bukan wajib pakai Kayu Bertam Berkalimah Ini, namun bila disatukan ia... Inshaa Allah lebih hebat lagi kesannya... hebat tahapnya berbatas
yang Allah SWT telah bataskan... mana boleh melangkaui batasanNYA...
Semuanya dengan kuasa Allah SWT....