Peraturan GZ

Peraturan GZ diwujudkan bagi memasatikan segala proses permaharan geliga dan permata dapat dijalankan dengan tertib dan teratur sekaligus mencegah unsur-unsur perbalahan sama ada antara pemahar dengan pemahar atau pemahar dengan pihak GZ.

STATUS GELIGA & PERMATA

Setiap geliga atau item lain yang telah dimaharkan akan diletakkan tanda SOLD OUT untuk memberitahu bahawa geliga tersebut sudah pun dimaharkan. Pada mana-mana geliga yang tiada tanda tersebut ianya masih boleh dimaharkan kepada pelanggan yang berminat.

SISTEM LOCK

Buat masa ini kita mengutamakan pelanggan yang membuat transaksi bayaran terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, SISTEM LOCK akan digunapakai kepada pelanggan yang membuat bayaran secara ansuran.

PENGHANTARAN PESANAN

Pihak GZ hanya melakukan proses penghantaran pesanan kepada pelanggan sebanyak dua (2) kali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Ini bagi mengelakkan barangan yang dipos tertangguh lama di pejabat pos sebelum sampai ke tangan pelanggan. 

PERSETUJUAN

Dengan membuat transaksi pembayaran kepada kami, bermakna anda telah bersetuju untuk membeli barangan daripada kami tanpa ada sebarang tuntutan yang tidak munasabah selepas itu.

PEMBAYARAN SECARA ANSURAN

Pihak GZ memberikan kelonggaran untuk pelanggan membuat pembayaran secara ansuran sekiranya harga item atau jumlah harga dua (2) atau lebih item yang bernilai melebihi RM 300.00 dengan maksimum dua (2) kali pembayaran. Item akan hanya dihantar melalui POS LAJU setelah pembayaran selesai.

Item yang gagal ditebus dalam masa sebulan (4 minggu), akan dimaharkan semula kepada pelanggan lain tanpa perlu mengembalikan bayaran ansuran kepada pelanggan yang sebelumnya.