Sabtu, 9 November 2013

Galeri Sahabat GB

Malam ni pakcik nak keluarkan RMG sahabat yang nak dimaharkan. Ramai juga sahabat-sahabat kita di luar sana yang ingin memaharkan semula item yang mereka ada, InshaaAllah lepas ni pakcik nak buka satu page untuk beri peluang pada sahabat-sahabat yang ingin memaharkan item peribadi mereka dalam blog pakcik, dengan syarat item tersebut mestilah item yang diperolehi daripada GB. Harap maklum.

http://geligazikrullah.blogspot.com/p/galeri-sahabat-gb.html






Jumaat, 8 November 2013

Isnin, 4 November 2013

Geliga Matahari (GM0411-05)


KOD : GM0411-05
MAHAR : RM 80.00

Geliga Ular Lidi (GUL0411-04)


KOD : GUL0411-04
MAHAR : RM 260.00

Geliga Tupai Jantan (GTJ0411-03)


KOD : GTJ0411-03
MAHAR : RM 260.00

Sila rujuk khasiatnya di sini ya : 

Perubatan Islam Tok Mat GB

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..

Sebelum pakcik terlupa, pakcik nak ucap Selamat menyambut Maal Hijrah 1435 kepada semua sahabat GZ.. Alhamdulillah.. Masih lagi kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk sekurang-kurangnya menilai diri kita selama kita hidup sekian lama..  Masih segar dalam ingatan pakcik ingatan daripada pakcik kepada pakcik a.k.a uncle pakcik.. haa sudah.. konpius pulak karang.. haha.. maksudnya bapa saudara pakcik ler lebih kurang... katanya lebih kurang.. 

" DI ZAMAN MODEN INILAH AKAN BERLELUASA PENGAMAL-PENGAMAL ILMU HITAM YANG BELAJAR UNTUK MENGENAKAN ORANG LAIN "

Dan bila pakcik lihat keadaan yang berlaku sejak kebelakangan ini di sekeliling pakcik atau di dada-dada akhbar tempatan ianya seolah-olah selari dengan kata-kata uncle pakcik, berbagai jenis penyakit misteri yang wujud... penyakit-penyakit yang kebiasaannya diadakan oleh seseorang dengan hajat sekurang-kurangnya menyusahkan orang lain atau ada yang lebih teruk sehingga sanggup mematikan jiwa orang lain untuk kepuasan hati sendiri.

Bila pakcik pikir-pikir, antara sebab utama ilmu hitam menjadi pilihan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini mungkin kerana ianya bersifat tidak nampak oleh orang kebanyakan.. Tup..Tup.. dah sakit perut... sakit kepala...sakit kaki... dan macam-macam lagi... atas sebab sifatnya yang tidak nampak itu, orang yang terkena kalau nak buat pertuduhan pun susah... silap-silap boleh kena saman malu.. hihi.. maka sebab itu lah ilmu-ilmu hitam ini menjadi pilihan ramai.. dah macam iklan susu cap junjung pula ek.. ekeke....

Pernah tak kita dalam berdepan dengan keadaan diri kita sendiri atau saudara kita, menghidap penyakit yang tidak boleh dikesan oleh teknologi hospital masa kini ? ye la.. kita tau kita sakit.. tapi bila dah buat scan guna teknologi hospital yang canggih manggih tu.. dengan selamba doktor kata takda apa-apa.. tak bengong dibuatnya.. kalau yang percaya akan ilmu mistik ni tak apa la juga.. memang automatik akan terfikir alternatif lain mencari mereka yang pakar dalam mistik.. tapi yang payah ialah orang-orang yang tak percaya langsung dengan mistik.. syirik katanya.. dia tak tahu, mempercayai perkara ghaib dalam rukun iman tu lah mistik... so ? Whats wrong with us ?? !! hehe...

Jangan Jadi Lembu ! 



Apa yang pakcik nak kongsikan kat sini ialah pakcik nak uar-uarkan pada semua berkenaan Perubatan Islam Tok Mat GB yang memberi peluang pada semua yang berkenaan untuk sekurang-kurangnya bertanya hal-hal mistik seperti gangguan saka, gangguan makhluk halus dan yang sama erti dengannya. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat Tok Mat GB, bolehlah terus berkongsi masalah anda di dalam group FB berikut  : 


atau sekiranya mahukan lebih privasi, anda bolehlah menghubungi terus Tok Mat GB 

017-825 9540

Pada yang berkesempatan, bolehlah datang terus ke rumah Tok Mat GB di Kulai Jaya, Johor. Perubatan Islam dilakukan di Kulai Jaya , Johor, bermula jam 9.00 malam sehingga subuh.. InshaaAllah dengan izin Allah, penyakit akan sembuh... 

Tok Kata : "Ilmu adalah hak Allah...bukan hak guru...dan ianya perlu dikongsi dan memberi manfaat kepada orang lain"... renung-renungkan dan selamat beramal..

---------------------------------------------------------------------------------

Item Blog GZ 

Bermula hari ini, Pakcik dah set dah item-item yang keluar dalam blog GZ, ianya berjadual.. supaya nampak lebih sistematik.. hihi.. jangan tak tahu yer.. Pakcik banyak cedok idea2 dari blog Tok.. harap-harap Tok tak marah lah.. haha.. Alhamdulillah.. Syukur ya Allah, memberi kesempatan untuk Pakcik kenal dengan Tok... Pakcik akan hargai selamanya kesempatan ini.. inshaaAllah.. 

Aked Linggiu (AL0411-02)


KOD : AL0411-02
MAHAR : RM 60.00

Geliga Dewi Laut (GDL0411-01)


KOD : GDL0411-01
MAHAR : RM 60.00

Ahad, 3 November 2013

Makluman Kem & Item GZ

Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.. Sekarang ni 01 November 2013 , sedang berlangsung Kem Mistik TMGB di Negeri Sembilan.. Semoga peserta-peserta yang mengambil bahagian dapat menamatkan perguruan dengan jayanya di bawah pengurus Tuan Leo.. 

Kem Mistik TMGB - Sabah

Untuk Kem Mistik TMGB Siri 1 - Kumpulan 2 di Sabah, inshaaAllah jika diizinkan oleh Allah SWT, kita akan adakan pada 29 November 2013 sehingga 01 Disember 2013.. Pakcik sarankan kepada mereka yang berminat untuk menyertai kem ini , sila daftar butiran anda melalui blog http://www.aesalno.org/p/daftar.html... supaya senang pakcik update segala makluman berkenaan kem untuk korang.. Untuk pembayaran yuran RM 300, boleh juga dibuat semasa hari pendaftaran, tapi kalau nak bayar awal pun pakcik tak larang.. korang boleh bayar guna akaun Maybank , 5510 1669 4078 - LIMBUNGAN MAYA SDN BHD.

Peserta Kem Mistik TMGB - Siri 1 bagi kumpulan pertama tempoh hari, pakcik nak bagitau inshaaAllah dalam bulan Disember 2013, satu Kem Mistik TMGB Siri 3 (Siri 3 untuk silibus kem yang lama, manakala untuk silibus kem yang baru ianya merupakan Siri 2) akan diadakan di Gunung Berlumut yang akan menghimpunkan semua peserta dari segenap pelusuk tanah Malaysia. Peserta yang menyertai Kem Mistik TMGB - Sabah , Siri 1 Kumpulan 1 hari tu layak untuk menyertai kem tersebut dengan yuran RM150.00 tidak termasuk kos penerbangan pergi balik.. hihi.. Yuran ni spesel untuk peserta Kem Sabah yang telah menyertai Kem Siri 1.. Tarikh akan ditentukan kemudian oleh Tok sendiri.. Jadi sila rebut peluang ya !! 

Alhamdulillah.. selagi anda berpeluang untuk menyertai kem ini , rebutlah kesempatan ini sebaik-baiknya.. Tanyalah peserta-peserta sebelum ini yang sudah menyertai kem ini di merata Malaysia.. dengan pengajaran ilmu yang santai dan mudah diamalkan, pakcik jamin siapa pun mampu memiliki ilmu yang diajarkan oleh Tok Mat GB..

DAFTAR CEPAT !!
---------------------------------------------------------------------------------------------

Item Blog GZ

Walaupun lama tak update blog ni, masih lagi ada rakan-rakan kita yang mengubungi pakcik bertanyakan item-item sebelum ni yang belum dimaharkan.. Alhamdulillah.. pada yang dah buat bayaran untuk item-item yang dipesan, hari Isnin pakcik pos ok.. tadi siang cuti deepavali.. =)) 

InshaaAllah sebenarnya ada lagi item-item lebihan dalam simpanan pakcik yang belum dimaharkan, cuma belum berkesempatan untuk diuploadkan dalam blog, antaranya : 

- Geliga Tupai Jantan
- Geliga Ular Lidi
- Geliga Dewi Laut
- Geliga Bunga Alam
- Geliga Nyawa

Semua ni item-item lebihan yang belum dimaharkan. InshaaAllah....