Jumaat, 10 Mei 2013

Aesalno Transform PakcikGZ

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Pakcik seronok dengan pengwujudan blog Pakcik ni selepas hampir sebulan.. Selain membuat permaharan geliga dan permata , Pakcik dapat menyimpan rekod-rekod berkenaan permata dan geliga dalam koleksi Pakcik sambil berkongsi pengetahuan mistik dengan sahabat-sahabat sekalian. Bukan apa, sebagai persiapan untuk hari mendatang, almaklumlah umur makin lanjut, ingatan makin rendah kuasanya. Jadi dengan adanya blog ni Pakcik boleh buat ulangkaji sendiri berkenaan permata dan geliga yang Pakcik ada.

Sekali lagi Pakcik nak bgtau, blog ni Pakcik yang handle ya.. bukan Tok Mat GB.. Risau juga kalau ada yang menganggap Pakcik ni Tok Mat GB.. Bukan tuan-tuan.. Pakcik tak sampai tahap Tok Mat GB.. Pakcik ni hanya menumpang kasih dengan Tok Mat GB untuk memaharkan semula permata dan geliga  hasil ritual zikrullah Tok Mat GB dalam blog ni. Blog Tok Mat GB www.geligabunian.blogspot.com. Pakcik hanya Pakcik.. Janganlah tanya Pakcik soalan-soalan yang ekstrim berkenaan mistik ya..Belum tercapai lagi.. Tapi kalau ditanya juga, Pakcik akan rujuk Tok Mat GB berkenaan soalan tuan-tuan puan-puan..

Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, mulai saat ini Pakcik menamakan diri Pakcik.... PAKCIK GZ... harap-harap diperkenankan oleh Tok Mat GB.. hehe.. Ingat betul-betul ya... PAKCIK GZ... Usah risau.. Blog ini sentiasa diawasi oleh Tok Mat GB.. 

Inshaa Allah.. untuk hari-hari selepas ni sehingga bulan depan.. akan muncul permata dan geliga seperti berikut :
- Geliga Tupai Jantan
- Geliga Matahari
- Geliga Cenderawasih Kayangan
- Kayu Bujang Galak Merah
- Aked Linggiu
- Batu Gua Tamarat
- Geliga Cenuai Emas
- Kayu Penunduk 
- Batu Leleh Merah

Semua ni bukan Pakcik yang tarik ya... Ni semua datangnya dari ritual zikrullah Tok Mat GB... 

6 ulasan:

  1. Transformasi yg baik tn semoga blog tn berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha terima kasih tuan.. boleh lah.. mengisi masa lapang.. hobi terbaik.. hehe

      Padam
  2. Taniah UNCLE GZ....semoga maju jaya
    ☆☆☆☆☆
    Blog uncle GZ tak ade wat bib mingguan ke....¿atau pun bib bulanan ke.....¿

    BalasPadam
    Balasan
    1. blog ni tak seberapa lagi tuan.. ekekek.. sabar2..

      Padam