Rabu, 15 Mei 2013

Leklai Loket

Alhamdulillah.. Loket ni ialah Loket Leklai. Maksudnya di dalam loket ini diisi serbuk leklai. Kalau belum kenal Leklai tu apa.. Korang cuba google ya.. Inshaa Allah jumpa. Pakcik cuma ada satu ni jer loket leklai yang ada untuk tatapan korang.. Boleh lah yer.. daripada takda... =)) 


Antara khasiatnya :

Bagus dipakai kepada yang kena gangguan

Kepada yang ada SAKA

Meredakan Tekanan/stress

Kekuatan fizikal

Kekuatan Dan ketajaman deria

Kekuatan janin / rahim


CARA TEST

(1)

Tangan ke belakang keduanya dan pegang kayu panjang, minta orang tekan kayu tersebut ke bawah sementara anda memegangnya, pertama buat jangan ada leklai ini, bila kawan tekan anda aka terkebelakang...

Kemudian ambil leklai ini dan letakkan di bahu, tunggu 10 saat.. kemudian  minta tekan lagi..... kekuatannya sehingga kaki kawan awak terangkat namun badan awak steady..

(2)

Genggam penumbuk dan tumbuk pokok pisang sekuat hati tanpa ada Leklai ini rasakan kekuatan biasa tanpa leklai, kesakitan yang awak alami semasa menumbuk pokok pisang

Ambil dan pegang leklai di sebelah lagi, tunggu 10 saat dan tumbuk menggunakan tangan, kekuatan yang sama kepada pokok pisang..rasakan kekebalan tangan dan kekuatan tenaga anda...IA BERBEZA

(3)

Ambil botol mineral yang ada air, kemudian tembak guna senapang, senapang angin, senapang gas... ia akan tembus.

Sila ambil botol mineral dan masukkan air, masukkan Leklai / Loket / Specimen leklai ini, dan tembak menggunakan senjata yang sama.... ia tidak akan lut, sebelum menembak tunggu 2 saat sahaja sebelum menembak.....

(4)

Ambil ayam dan ikatkan leklai di kakinya, ambil lastik ...dan lastik.... insyallah sukar mati.
Ambil ayam lain yang sama besar, sama jenis dan usia, lastik menggunakan kekuatan yang sama... sekali lastik dan mati daa.. siapkan pisau siap siap untuk disembelih.... Dosa Zalim anda tanggung sendiri... Kezaliman itu adalah satu dosa yang amat berat


BUKAN UNTUK DIJUAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan