Ahad, 5 Mei 2013

Peringatan Untuk Para Peminat Mistik


Assalamualaikum dan selamat pagi.. maaf ya kerana terlewat sikit untuk menerbitkan item-item seperti yang dijanjikan. Sebentar tadi, pihak GZ dapat makluman daripada Tok Mat GB berkenaan beberapa perkara. Berikut antara makluman Tok untuk korang semua.. :


Untuk perhatian kepada semua peminat mistik, sekarang timbul pihak-pihak tidak bertanggungjawab menjualkan item-item mereka, nak beli kena bagi nama dulu, konon nak pastikan sama ada item tersebut sesuai atau tidak dengan pembeli. Namun sebenarnya mereka akan menghantarkan sihir kepada orang yang ingin membeli. Setelah sihir dihantar dalam bentuk gangguan pihak ini akan mengesahkan anda terkena gangguan makhluk halus, pihak ketiga akan dijadikan kambing hitam, tidak kiralah guru anda ke, penjual item terbaru anda beli ke dan lain-lain. Kemudian mereka akan mendakwa mereka mampu mengubat gangguan tersebut pada kadar rm 500, barang pula wajib beli... Kalau item bernilai rm 300 jumlahnya rm 800. Ketua jemaah ini warga singapura yang berkahwin dgn org tempatan, kaki tangannya ada di kl dan pahang yang mnjalankan kegiatan promosi. Modus mereka sebiji format blog tok mat gb , ayat ayat dan susun kata sama dengan blog tok , jadi di blog pun kita dah buat pengumuman bahawa kita tidak terlibat dgn mana mana pihak lain selain group kita.

Mereka ini berpusat di johor baharu, kakitangan di kl dan pahang, tiapnya seorang sahaja. Jadi berhati hati jangan sampai terkena. Insyallah. Guru guru sekitar kedah yg tau hal ni cakap apa tau... Mungkin depa tengok kita diam ,depa ingat kita x tau balas, walhal kita tengah bersabaq dan kumpul kekuatan (geram), kita tgk dulu permainan depa, kalau sekadar usik usik tu. Permainan zaman dulu dulu. Tunggu.. depa akan tgk pulak permainan kita macam mana, kot tak sempat bernafas..... Huhuhu... Buat main cek oii dgn guru kedah perlis... Muahahahaha.. Jangan ingat org diam..org takut... Sabar itu iman, marah itu nafsu, sabar itu bawa ke syurga, marah itu bawa ke neraka. Hidup bukan selamanya. Sampai masa bertemu cacing juga. Sedar sebelum tiba, dah tiba..menangis air mata berdarah sekalipun tidak bermakna. Dunia bukan sekadar hal wang ringgit, ia hanya kertas yang diberi kuasa oleh manusia lalu dipuja mereka bagaikan tuhan. Dunia bukan sekadar pada pakaian sedangkan sebaik pakaian juga di sarung yahudi. Luar rock bukan beerti ke neraka. Luar alim bukan beerti ke syurga. Allah memandang dalaman dan hati. Bukan kepada bersifat duniawi yang sementara dan boleh dibeli dengan wang ciptaan manusia. Semua itu material,ingatlah bahawa Allah tidak memandang walau seinci,secubit pun apa sahaja bernama material. Ubahlah mentaliti agar anda tidak menjadi mangsa manusia yang rakus umpama binatang liar sanggup melakukan apa sahaja demi wang, walau menipu dzohir, namun jiwa kotor , mengejar dunia dan menolak syurga.. kepadamu syurga dunia selama 70 tahun, dan kepadamu jugalah neraka akhirat selamanya sampai bila bila..

INGAT !! : Jika anda ingin membeli sesuatu item mistik, jangan memberikan nama penuh anda jika diminta, apatah lagi berbintikan ibu dgn alasan nak scan keserasian anda dan permata mereka.


Kepada semua pelanggan-pelanggan GZ dan bakal-bakal pelanggan. Saya mengalu-alukan kejujuran anda semua ke dalam blog ini dan berharap biarlah urusniaga ini bukan sekadar berurusniaga tetap juga punya jiwa semangat kesatuan yang hakiki. Jika tidak mampu bersatu kerana bangsa, sebenarnya kita masih mampu untuk bersatu kerana seagama. Pesan saya kepada diri saya sendiri, bila timbul perasaan untuk mengkhianati antara satu sama lain, cepat beristighfar dan mohon ampun kepada Allah. Kerana tipu muslihat syaitan itu tersangatlah halus. Mohon perlindungan daripada Allah SWT selalu. Kadang-kadang terfikir juga.. Apakah tiada lagi tempat di dunia ini yang tiada manusia khianat dan keji ? 

1 ulasan:

  1. Berbyk2 trima kseh atas ilmu yg tuan brikan amat menafaat pminat mistik hrus sdar kepalsuan yg nyata Tampa ilmu buta. trima kaseh tuan.

    BalasPadam