Jumaat, 14 Jun 2013

Makluman Penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama juga pakcik tak update blog ni ya.. ekeke.. Banyak perkara yang mahu difikir selepas ini.. Untuk urusan Kem Mistik TMGB, selepas berjaya menganjurkan Kem Mistik Siri 1 - Kumpulan 1 tempoh hari, langkah seterusnya untuk pakcik mengatur jadual untuk Kem Mistik Siri 1- Kumpulan 2 & 3 , seterusnya Kem Mistik Siri 2 sebagai penutup tahun 2013. Inshaa Allah..

Untuk item upload, malam nanti pakcik semak item-item yang lepas yang masih belum bertuan untuk dimaharkan semula dan item-item berikut :

- Geliga Tupai Jantan
- Geliga Nyawa
- Cincin Batu Serai Merah, Saiz 21
- Merah Delima 1.36 Carats (beserta IC)

Untuk perhatian juga, pakcik hanya memberi peluang kepada individu-individu yang berhajat untuk memaharkan semula geliga dan permata yang diperolehi daripada TMGB atau geligabunian, selain daripada itu, pakcik tidak terima ya.. harap-harap perhatian ini jelas untuk korang.. jangan ada yang kecil hati pula lepas ni.. hehe..

Blog pakcik ni masih muda.. maka kalau diikutkan sistem lock pakcik tidak guna pakai untuk urusan permaharan item.. walaubagaimanapun, pakcik sediakan juga sistem lock kepada mana-mana pelanggan pakcik sehinggakan ada yang lock item sampai seminggu lebih pun pakcik iya kan saja.. Bila kita dah sediakan sistem lock dengan timbang rasa kepada pelanggan , ada pula pelanggan yang mensia-siakan peluang yang kita beri.. dah lock seminggu lebih, baru cakap tak jadi pula nak ambil.. sedih lah macam tu.. selepas ni kalau nak lock, pakcik hanya terima lock yang berbayar ya... minimum separuh daripada harga item.. bila dah tamat tempoh lock, dan tak jadi nak ambil, wang lock tidak akan dikembalikan...harap semua faham yer..

Merah delima 1.36 C yang akan diupload malam ni, adalah beserta IC nya sekali.. sengaja pakcik maharkan kepada yang benar-benar mahu memilikinya.. merah delima yang akan dimaharkan ini bukti TMGB mampu untuk menjual geliga dan permata yang mempunyai sijil. Sijil berkualiti tau.. bukan sekadar kertas A4 yang cincai.. tapi ianya standard IC yang korang ada sekarang.. itu pun kalau korang rakyat Malaysia.. kalau rakyat Zimbabwe memang lain lah IC yang korang ada.. hehe.. bak kata Tok Mat GB , sijil batu permata pun boleh dicetak rompak...

Untuk perhatian pelanggan juga.. pihak TMGB telah menubuhkan satu badan khas berdaftar yang dikenal sebagai UTPO, Unit Tindakan Penipuan Online yang akan menjaga hak penjual dan pembeli barangan mistik khususnya.. Bagi pakcik penubuhan UTPO ini sebagai satu langkah penyatuan antara penjual dan pembeli yang dikelola oleh Limbungan Maya SDN BHD.. Syabas TMGB.. Selepas ini jika anda rasa ada ditipu oleh peniaga mistik..sila hubungi Tok Mat GB untuk mendapatkan pembelaan... yang penting simpan segala maklumat seperti perbualan anda dengan penjual dalam bentuk sms atau apa saja maklumat lain.. untuk dijadikan bukti dan rujukan UTPO... Terima kasih..

Tok Mat GB : 017-825 9540

Tiada ulasan:

Catat Ulasan